NGO
PERTUBUHAN LAMAN KASIH MOSYA merupakan sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan atau NGO yang membawa maksud sebuah pertubuhan kebajikan yanag akan menjadi landasan atau platform untuk menyalurkan keperihatinan dan membangunkan masyarakat sekeliling keluar daripada kepompong kemiskinan khususnya dikawasan utara tanah air.
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbanganberbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelasdan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

Siapa Kami;


PERTUBUHAN LAMAN KASIH MOSYA ZON UTARA bermaksud sebuah pertubuhan yang menjadi platform untuk menyalurkan kebajikan kepada masyarakat khususnya di utara tanah air. Perkataan MOSYA pada nama pertubuhan pula diambil daripada nama singkatan pengerusi pertubuhan iaitu Mohd Syarifuddin dan MOSYA juga merupakan nama syarikat-syarikat lain di bawah seliaan Encik Mohd Syarifuddin.
KATA ALUAN PENGERUSI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnia dan rahmatnya dengan tertubuh Pertubuhan Laman Kasih Zon Utara. Penubuhan pertubuhan ini membawa matlamat yang jelas untuk memberi khidmat kebajikan dan membangunkan masyarakat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan khusunya di utara tanah air.
Jutaan terima kasih kepada keluarga dan team Mosya yang memberi kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah putus selama ini. Diharapkan agar segala usaha dan amanahyang dijalankan berjalan dalam rahmatNya.
MOHD SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR
Pengerusi Pertubuhan Laman Kasih Mosya
Matlamat Penubuhan ;
Khidmat Kebajikan

Menjadi sebuah penubuhan yang akan memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat sekeliling khusunya disekitarKedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Pendidikan

Menjadi landasan atau platform untuk membangunkan masyarakat dengan menyediakan kelas pengajian dan tempat pekerjaan
Bersama Kita Beri Harapan, Jom Bantu Mereka yang Memerlukan!
LAMAN KASIH MOSYA aktif menjalankan aktiviti sumbangan makanan, keperluan harian, dan bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan
- All Posts
- Kempen Sumbangan
- Uncategorized

Tabung Ibadah Korban 2025 Menyambut Aidiladha yang penuh berkah, Pertubuhan Laman Kasih Mosya Utara bersama Mosya Group Sdn Bhd dengan…

Sumbangan Van Sekolah Dalam usaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi Tahfiz Al Fateeh…

BANTUAN WATERJET Misi Bantuan Kecemasan oleh Pertubuhan Laman Kasih MOSYA Dalam dunia yang sering dilingkari dengan kesibukan, bencana alam dan…
"Jom Infak, Hulurkan Kebahagiaan Bersama Laman Kasih Mosya!"
Bersama-sama kita meringankan beban mereka yang memerlukan. Sertai kami dalam menyebarkan kasih sayang dan membawa sinar harapan kepada komuniti.
Kenapa Menyumbang Bersama Kami?

Transparansi Penuh
Kami memastikan setiap sumbangan diuruskan dengan telus dan direkodkan.

Keberkesanan Bantuan
Bantuan terus disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Komuniti Prihatin
Bersama sukarelawan dan rakan kongsi kami, kita mencipta perubahan positif yang berterusan.
Program SETULUS KASIH SEJUTA SAYANG






Program AGIHAN MAKANAN BERBUKA PUASA

















Program IBADAH KORBAN























Program CERIA LEBARAN







rakan strategik





