Tentang Kami


PERTUBUHAN LAMAN KASIH MOSYA
PERTUBUHAN LAMAN KASIH MOSYA ZON UTARA bermaksud sebuah pertubuhan yang menjadi platform untuk menyalurkan kebajikan kepada masyarakat khususnya di utara tanah air. Perkataan MOSYA pada nama pertubuhan pula diambil daripada nama singkatan pengerusi pertubuhan iaitu Mohd Syarifuddin dan MOSYA juga merupakan nama syarikat-syarikat lain di bawah seliaan Encik Mohd Syarifuddin.
PERTUBUHAN LAMAN KASIH MOSYA merupakan sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan atau NGO yang membawa maksud sebuah pertubuhan kebajikan yanag akan menjadi landasan atau platform untuk menyalurkan keperihatinan dan membangunkan masyarakat sekeliling keluar daripada kepompong kemiskinan khususnya dikawasan utara tanah air.
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbanganberbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelasdan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
Pertubuhan ini juga boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tidak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
KATA ALUAN PENGERUSI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnia dan rahmatnya dengan tertubuh Pertubuhan Laman Kasih Zon Utara. Penubuhan pertubuhan ini membawa matlamat yang jelas untuk memberi khidmat kebajikan dan membangunkan masyarakat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan khusunya di utara tanah air.
Jutaan terima kasih kepada keluarga dan team Mosya yang memberi kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah putus selama ini. Diharapkan agar segala usaha dan amanahyang dijalankan berjalan dalam rahmatNya.
MOHD SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR
Pengerusi Pertubuhan Laman Kasih Mosya
Matlamat Penubuhan ;
Khidmat Kebajikan

Menjadi sebuah penubuhan yang akan memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat sekeliling khusunya disekitarKedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Pendidikan

Menjadi landasan atau platform untuk membangunkan masyarakat dengan menyediakan kelas pengajian dan tempat pekerjaan
Carta Organisasi ;


rakan strategik







Bersama Kita Beri Harapan, Jom Bantu Mereka yang Memerlukan!
Mari bersama-sama mencipta perubahan dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Rezeki yang dikongsi pasti akan membawa keberkatan.